Nation
141

Telur tercemar: MAQIS tidak benarkan diimport semula

Putrajaya – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) tidak akan mempertimbangkan permohonan pengimportan semula telur yang tercemar dengan bakteria Salmonella Enteriditis (SE), dari Singapura.

MAQIS berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan kenyataan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada Ahad lalu, berkaitan pengesanan kehadiran bakteria SE pada konsainan telur eksport daripada Malaysia.

“MAQIS akan memastikan pegawai di lapangan memantapkan lagi pemeriksaan, supaya kebarangkalian telur itu diimport semula tidak berlaku.

“Kerjasama strategik dan operasi bersepadu MAQIS akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan, bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian dapat diperkukuhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyatakan, MAQIS sentiasa merujuk DVS bagi apa-apa keputusan berkenaan isu yang berbangkit, berkenaan pengimportan dan pengeksportan komoditi haiwan dan hasilan haiwan terutamanya telur.

“Pihak MAQIS sangat komited memastikan isu yang membabitkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dii samping penternakan negara dapat dibendung serta dikawal,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu