Nation
2K

Tempat duduk Ku Li di Dewan Rakyat diubah

Kuala Lumpur – Tempat duduk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah diubah ke Blok Bebas, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata perubahan kedudukan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas mendapat permohonan daripada Ahli Parlimen UMNO itu.

“Tempat duduk (Tengku Razaleigh) sebenarnya telah ditetapkan oleh Speaker di sebelah belakang iaitu blok yang bebas,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan pelitup muka daripada syarikat Obor International Sdn Bhd yang digunakan atlet Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.

Mohd Rashid berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 2(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan beliau menetapkan kerusi bagi tiap-tiap ahli dan bolehlah diubah ketetapan itu dari masa ke masa sebagaimana yang difikirkan wajar.

Tengku Razaleigh dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar bertarikh 26 Julai memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran Blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

Terdahulu, Mohd Rashid menerima 300 pelitup muka daripada Pengarah Obor International yang juga bekas atlet gimnas kebangsaan Kau Git Kaur untuk diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen, kakitangan dan pengamal media di bangunan Parlimen, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu