Nation
147

Tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP dilanjut sehingga Jun 2022

Kuala Lumpur – Tempoh pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 peratus kepada sembilan peratus akan dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini, berkata inisiatif itu akan melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

“Untuk menambah wang dalam tangan rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022,” katanya.

Secara keseluruhan, dalam Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, kerajaan menyediakan lebih RM31 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu