Social
317

Tengkorak, cebisan tulang ditemukan di ladang sawit

Teluk Intan – Satu tengkorak dan beberapa cebisan tulang dipercayai tulang manusia, ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit Seri Intan, Batu 5, Jalan Maharajalela di sini hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata, tengkorak dan cebisan tulang itu ditemukan berselerakan di dalam ladang berkenaan oleh seorang pekerja warga Bangladesh, yang sedang meracun rumput liar sebelum Polis Bantuan di ladang berkenaan segera memaklumkan kepada pihak polis, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ahmad Adnan berkata susulan itu, Unit Forensik D10 bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, segera ke lokasi kejadian dan mengumpul cebisan tulang dipercayai manusia sebanyak 22 spesimen, serta sampel tanah untuk siasatan lanjut.

“Tiada penemuan lain sama ada pakaian atau apa-apa senjata ditemui di tempat kejadian, untuk mengaitkan dengan unsur-unsur jenayah.

“Tengkorak disyaki manusia dijumpai di kawasan pokok kelapa sawit yang berusia setahun setengah, dan cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan peha bertaburan di kawasan tersebut, berjarak antara 10 hingga 20 meter antara satu sama lain, dipercayai dimakan haiwan liar iaitu biawak dan anjing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari Rabu..

Ahmad Adnan berkata, tengkorak dan cebisan tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis, bagi membantu siasatan untuk mengesan indentiti mangsa. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu