Nation
484

Tengku Zafrul dilantik semula sebagai Menteri Kewangan, Azmin kekal portfolio di MITI

Putrajaya – Seperti dijangkakan banyak pihak, ahli perbankan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilantik semula sebagai Menteri Kewangan untuk menganggotai kabinet baharu yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Ismail Sabri yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri mengumumkan senarai anggota Jemaah Menteri pada 11 pagi, Jumaat dan pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen.

Tengku Zafrul dilantik buat kali pertama sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac, 2020.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilantik semula sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu