Social
586

Terkejut lihat kelibat jiran yang sudah meninggal depan rumah

Jakarta – Seorang lelaki terkejut apabila terlihat kelibat jirannya yang telah meninggal dunia sedang duduk di hadapan rumahnya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @makassar_info itu, lelaki tersebut merakam kelibat ‘wanita’ yang sebenarnya telah tujuh hari meninggal dunia.

‘Wanita’ tersebut bagaimanapun dilihat sedang memandang ke arah lain dan tidak menghiraukan lelaki yang sedang merakam dirinya.

Mulai berasa takut, lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri.

Berdasarkan keterangan video, kejadian itu berlaku di Cianjur, Jawa Barat.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ada yang mempercayai kejadian itu namun ada juga yang ragu-ragu dan menganggap ia hanyalah satu rekaan.

“Macam menipu,” komen seorang netizen yang ragu-ragu dengan kesahihan video tersebut.

“Menakutkan. Adik saya juga pernah mengalami kejadian didatangi si mati sedangkan sudah dikebumikan pagi tadi. Katanya, jin pendamping itu yang menampakkan dirinya kerana roh orang itu sudah berada di alam lain,” tulis seorang lagi netizen. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu