Nation
849
0

#terusberbakti : Johari Ghani tetap sayang warga Titiwangsa

Tanggapan umum terhadap ahli politik yang mereka hanya bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat semata-mata mencari publisiti dan kepentingan politik.

Namun, ada segelintir ahli politik yang tidak menghiraukan publisiti malah berkhidmat dengan ikhlas.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, anak jati Kuala Lumpur/ Titiwangsa memberi khidmat tidak berbelah bahagi untuk warga Titiwangsa tanpa mengira warna kulit walaupun beliau hanyalah bekas Ahli Parlimen Titiwangsa.

Semasa tempoh perkhidmatannya, antara isu yang sering diketengahkan olehnya adalah termasuk masalah kemiskinan, penempatan setinggan dan infrastruktur di kawasan Titiwangsa.

Beliau juga telah membuka peluang perniagaan kepada warga Titiwangsa dengan menyumbangkan gerai- gerai makanan. Hampir 3000 keluarga yang asnaf telah mendapat sumbangan bulanan daripada beliau.

Walaupun direhatkan di PRU ke 14, perkara tersebut tidak dijadikan alasan oleh Johari untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Perkhidmatannya kepada rakyat sentiasa diutamakan olehnya walaupun sibuk dengan urusan perniagaan.

Beliau juga mengekalkan hubungan akrab dengan ketua-ketua masyarakat dan wakil Majlis Perwakilan Penduduk sekitar Titiwangsa dan sentiasa membantu mereka menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Khidmatnya menjadi lebih ketara di kala negara dilanda pandemik Covid-19. Beliau tidak putus-putus menjelajah ke kawasan-kawasan sekitar Parlimen Titiwangsa sambil menghulurkan lebih 10,000 beg barangan sumbangan Covid-19 kepada mereka yang memerlukan.

Antaranya, beliau memberi fokus kepada kawasan-kawasan PPR dimana ramai penduduk yang terjejas dengan pemotongan gaji dan pemberhentian kerja akibat pandemik berkenaan.

Sumbangan barangan keperluan dapur menerusi Yayasan Bena Nusa serta barangan basah telah pun disampaikan kepada hampir 10,000 pengundi warga Titiwangsa.

Malah, Johari juga bercadang untuk membuat bantuan siri kedua untuk edaran barangan keperluan kering dengan hasrat supaya penduduk-penduduk Parlimen Titiwangsa yang terjejas mendapat bantuan yang diinginkan.

Menggunakan tanda pagar #terusberbakti di hantaran dalam media sosialnya, Johari terus memenangi hati rakyat melalui khidmatnya tanpa mengenal erti penat lelah.

Sebagai warga Titiwangsa kami mengharapkan Datuk Seri Johari bertanding semula di kawasan Parlimen Titiwangsa.

Hidup dan Maju Jaya Datuk Seri Johari Ghani.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu