Social
148
0

Tetamu mati ditembak kerana tidak pakai pelitup muka

Bangkok Р Seorang lelaki hilang pertimbangan dengan menembak mati seorang tetamu di sebuah majlis pengebumian hanya kerana tidak memakai pelitup muka.

Malah, lebih menghangatkan keadaan apabila mangsa turut mengejek suspek selepas permintaan memakai pelitup muka tidak diendahkan.

Kejadian berlaku di daerah Chaweng pada Khamis lalu ternyata menukar emosi kesedihan majlis pengebumian kepada ketakutan berikutan tindakan lelaki itu.

Suspek, Jumnean Sri-orn ditahan selepas menembak Samran Tawai seperti dilaporkan Khaosod English.

Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom berkata, pertengkaran antara dua lelaki itu berlaku dan masing-masing tidak mahu mengalah.

“Suspek dan mangsa sebelum ini ada masalah lampau dan kejadian pada hari pengebumian kemuncak konflik.

“Selepas bertengkar, suspek mahu meninggalkan majlis namun mangsa datang membuat provokasi,” katanya.

Saksi memaklumkan, mangsa membuat provokasi menyebabkan suspek hilang sabar.

Suspek terus mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan pada muka mangsa.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian bergegas menghubungi polis. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu