Nation
296

Tetap ambil berat soal rakyat walau bukan lagi PM : Muhyiddin

Putrajaya – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun bukan lagi menjadi perdana menteri, slogan ‘Kerajaan Prihatin’ akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan-rakan yang sehaluan dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sebelum ini.

“Hakikatnya, saya bukan lagi perdana menteri, tapi saya akan turun ke bawah tengok…jadi guru bicarakah supaya nasib mereka (rakyat) terbela sebab saya faham semasa menjadi perdana menteri ada data menunjukkan rakyat miskin bertambah dan ini amat mencabar,” katanya kepada editor-editor kanan setelah mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri semalam.

Beliau berkata jika dinilai daripada segi prestasi Perikatan Nasional, ia tidak gagal tetapi kerajaan beliau telah melakanakan tugas dangan baik dan ramai mengakuinya berdasarkan kepada usaha yang telah dilakukannya dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Saya rasa kerajaan saya telah membuat yang terbaik…orang kata kita telah melakukannya, menguruskan COVID-19 bukannya mudah. Saya fikir kita telah menyelamatkan jutaan nyawa, beberapa ribu orang telah meninggal dunia, selalu orang melihat perkara ini tetapi sekarang rakyat telah menyedari bahawa kita telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa, kami telah melakukan sehabis baik,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau merasa lega kerana telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dalam melaksanakan usaha membantu rakyat berhadapan dengan pandemik.

“Sudah tentu ada yang bertanya apa perasaan saya, sama ada saya sedih. Saya fikir saya boleh melakukan lebih banyak lagi jika masih menjadi perdana menteri, saya ingin selesaikan semua perkara sehingga penghujungnya untuk melihat apa yang kita mulakan, dapat diselesaikan sepenuhnya walaupun dengan penat lelah, keletihan atau penuh berhati-hati, pasukan saya dan penjawat awam telah bekerja keras,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berharap dengan ketiadaan beliau dan barisan Kabinet, pegawai kerajaan yang ada dapat terus menjalankan tugas membantu rakyat memerangi COVID-19 yang kini sudah menampakkan kelegaan dalam penularan pandemik itu.

“Saya sudah berjumpa dengan pegawai atasan penjawat awam, tentera, polis, Peguam Negara dan membincangkan perkara setelah saya bukan lagi perdana menteri. Mereka berjanji akan terus membantu sehingga selesai kes COVID. Saya berharap ia terus menjadi tumpuan dan jangan sesekali diabaikan.

“Saya rasa tanggungjawab bila baca mengenai kematian, bunuh diri. Pada akhirnya saya rasa bertanggungjawab dan saya tidak suka perkara seperti itu diletakkan di atas bahu saya, tetapi sebagai perdana menteri saya perlu menanggungnya,” katanya.

Beliau berharap kerajaan baharu akan meneruskan proses pemulihan terutamanya pelan pemulihan yang ada walaupun ia akan mengambil masa agak lama, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu