Nation
137
0

Thaipusam: Beberapa jalan di Gombak ditutup

Kuala Lumpur – Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini hingga awal pagi Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata penutupan jalan itu susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.

“Laluan itu adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arifai berkata, jalan akan dibuka semula pada jam 6 pagi Jumaat ini.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak hadir kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan dan semua pihak juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Katanya, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP bagi sambutan Thaipusam yang ditetapkan MKN. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu