Nation
422

Tiada jantina ketiga di Malaysia : Zulkifli

Putrajaya – Malaysia tidak bersetuju dengan usaha untuk membenarkan gender ketiga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, ia perlu ditolak sebagaimana pendirian Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia, lapor Kosmo Online.

Menurutnya, negara juga tidak akan berganjak daripada pendirian tidak mengiktiraf golongan LGBT seperti yang ditegaskan sebelum ini.

“Prinsip saya, hujah perlu dibalas dengan hujah. Maka, hujah yang tuntas (berhubung jantina ketiga) perlu dikemukakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.

Zulkifli terdahulu menyampaikan amanat dalam Persidangan Secara Maya bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu