Nation
170

Tiada kenaikan harga tepung gandum

Putrajaya – Tiada kenaikan harga tepung gandum akan berlaku mulai 1 Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, hari ini.

Beliau juga berkata, tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum setakat ini.

“Tiada kenaikan harga tepung gandum bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini dan menegaskan dakwaan kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai 2021, adalah tidak benar.

Nanta berkata, harga tepung gandum bersubsidi masih pada harga yang ditetapkan kerajaan, iaitu RM1.35 per paket 1 kilogram (kg).

Sejak beberapa minggu lepas, tular beberapa hantaran di laman sosial kononnya harga tepung gandum akan meningkat bermula 1 Julai depan.

Nanta berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada menerima satu permohonan daripada pihak pengilang, untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek 1kg dan pek 25kg.

Menurutnya, berdasarkan syarat khas lesen mengilang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, semua pengilang tepung hendaklah mendapatkan kebenaran Pengawal Bekalan, sebelum menaikkan harga jualan tepung gandum.

“Setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum,” katanya. — Bernama

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu