Politics
443

Tiada kerjasama dengan Umno, PN Melaka yakin kekuatan sendiri

Jasin – Perikatan Nasional (PN) Melaka yakin mampu membentuk kekuatan sendiri menerusi gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu sekiranya tidak bekerjasama dengan UMNO, menurut Pengerusinya Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Bersatu dan PN menghormati pendirian Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tidak akan bekerjasama dengan kita (Bersatu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Melaka di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Rafiq berkata PN Melaka sedia berunding dengan UMNO bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, namun Ahmad Zahid dilapor berkata UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, pada PRN Melaka.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq berkata PN akan akur dengan keputusan sama ada PRN dilaksanakan atau tidak kerana pastinya pihak terlibat telah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan rakyat ketika pandemik COVID-19.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh PRN di negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setelah kerajaan negeri dipimpin UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu