Nation
220
0

Tiada kes Covid-19 di Langkawi

Alor Setar – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu yang positif COVID-19 di Langkawi ketika ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang, berkata pihaknya juga tidak membuat saringan ujian COVID-19 secara bersasar kepada pengunjung di pulau peranginan itu.

“Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar yang disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor, semalam.

Harris dilaporkan positif virus itu selepas beberapa hari pulang bercuti di Pulau Langkawi.

Dr Mohd Fikri berkata, siasatan akan dilakukan oleh pihaknya bagi mendapat maklumat lanjut mengenainya.

“Siasatan awal akan dibuat JKN Kedah bagi memastikan di mana ujian (membabitkan Harris) itu dijalankan.

“Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan hasil dari siasatan berkenaan,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu