Nation
302

Tiada pengumuman senarai anggota Kabinet hari ini

Putrajaya – Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak akan membuat sebarang pengumuman senarai Jemaah Menteri Kabinet hari ini.

“Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, menurut laporan BH Online.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, sesi menghadap Seri Paduka berlangsung selama satu jam 30 minit.

Majlis yang bermula jam 11 pagi itu adalah bagi Perdana Menteri mempersembah senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu