Social
312
0

Tidak sedar dirogol majikan

Dubai – Akibat terlampau nyenyak tidur, seorang pembantu rumah di sini, mendakwa tidak sedar diperkosa majikannya, baru-baru ini.

Gulf News melaporkan mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Angola hanya menyedari apa yang berlaku selepas terjaga daripada tidur

Ketika itu, wanita itu mendakwa dia melihat majikannya yang juga lelaki Pakistan berada di dalam biliknya dan sudah tidak berpakaian.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ogos lalu ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya.

Disebabkan tidak mengunci pintu bilik, suspek yang berusia 36 tahun mengambil kesempatan masuk ke bilik mangsa sebelum memperkosanya.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku kerana ‘tidur mati’.

“Sebaik terjaga, saya lihat dia berada di sebelah saya tanpa seurat benang dan terus memintanya keluar dari bilik.

“Saya menangis dan terus ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.

Pegawai penyiasat polis berkata, dia melihat mangsa menangis di luar rumahnya sebelum memberitahu diperkosa majikan. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu