Nation
515
0

Tidak sertai PN, UMNO buat keputusan guna logo BN dalam PRU15 – Ismail Sabri

Kuala Lumpur – UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15,” jelasnya, memetik laporan Mingguan Malaysia.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada pertembungan antara BN dan PN memandangkan Pas juga menyertai PN bersama Bersatu.

Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya.

Bagaimanapun, selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu.
Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.

Tambahnya lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah bersama PN.

“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi. – Astro Awani

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu