Social
120

Tiga dikhuatiri lemas, bot terbalik

Kota Bharu – Tiga lelaki dikhuatiri lemas di laut selepas bot dinaiki terbalik dipukul ombak di perairan Kuala Besar Badang, di sini, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mat Harun Mohd Nor, 54; Mat Bin Awang @ Jali, 55; dan Zulshahmi Danial Zulazman, 26, dikatakan keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong, 5 petang semalam di jeti Kampung Keseng, Kuala Besar.

Menurut saksi kejadian, Nik Amran Nik Hussin, 42, pada 8.30 malam, berlaku ribut di laut menyebabkan bot yang dinaiki semua mangsa terbalik. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu