Nation
271

Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Kuching – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Memetik perkongsian di laman Facebook Sarawak Update, Presiden Parti Rakyat Sarawak itu dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disahkan positif Covid-19 pada September lalu.

Difahamkan Masing sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Berita pemergian Masing turut disahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Abdullah Saidol, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu