Social
364

Tindakan bina arca sotong guna dana Covid-19 dikritik

Tokyo – Pihak berkuasa sebuah bandar di Jepun menerima kritikan selepas membina arca sotong gergasi menggunakan dana bantuan Covid-19.

BBC melaporkan arca sepanjang 13 meter itu terletak di pelabuhan Noto dan sotong itu adalah simbolik makanan istimewa di bandar itu.

Pembinaan arca itu dilaporkan menelan belanja sebanyak 25 juta yen (kira-kira RM946,577).

Pegawai Noto memberitahu media tempatan bahawa inisiatif itu sebahagian dari rancangan jangka panjang untuk menarik pelancong kembali ke situ.

Ini kerana Bandar Noto terletak di wilayah Ishikawa dekat pantai barat Jepun merekodkan kes sangat rendah, tetapi tetap terkesan apabila mencatatkan penurunan pelancong.

Noto menerima 800 juta yen (kira-kira RM30.29 juta) melalui geran nasional bagi menyuntik ekonomi kecemasan selain membantu kawasan wilayah yang terkesan akibat Covid-19, lapor Yahoo Jepun.

Meskipun begitu, dana itu tidak dibelanjakan sepenuhnya untuk hal berkaitan Covid-19. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu