Nation
206
0

Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)- Dr.Mah

Kuala Lumpur- “Kebelakangan ini, saya dan rakan-rakan sekerja termasuk YB Menteri Kanan menerima banyak pandangan, luahan dan cadangan daripada ibubapa mengenai isu pembukaan sekolah,” kata Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

“Kami di KPM telah mengambil kira, pembukaan sekolah kepada SEMUA murid dan guru akan mendedahkan anak-anak kita kepada ancaman jangkitan Covid.”

“Kami juga mengambil kira luahan dan keluhan pelajar dan ibubapa, khususnya para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam SPM dan STPM, bahawa penangguhan peperiksaan ini akan melambatkan dan menjejaskan lanjutan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi.”

Menurut beliau lagi walaupun ini adalah dilemma yang menyukarkan, namun, satu keputusan yang seimbang perlu diambil oleh pihak KPM.

Beliau juga berpendapat demi minimakan risiko, hanya pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM dan STPM perlu kembali ke Sekolah untuk penyediaan peperiksaan tersebut. Dengan ini, bilangan pelajar yang menghadiri sekolah hanyalah sekadar lebih kurang 20 peratus.

“Semua sekolah dikehendaki mematuhi SOP yang ketat, seperti pakai topeng muka dan penjarakkan sosial.”

“Para ibubapa tidak sanggup menangguhkan lagi pembelajaran anak-anak yang bakal mengambil SPM & STPM, apatah lagi yang bersedia untuk melanjutkan Pelajaran ke IPT,” ujar beliau lagi.

“Sebarang penangguhan akan terus melambatkan dan menjejaskan masa hadapan anak-anak kita.”

“Di samping itu, KPM telah bekerjasama dengan RTM dan Media Prima untuk menyiarkan siaran pendidikan melalui TV Pendidikan secara percuma, dan juga stesen TV yang lain.”

Inilah keputusan yang seimbang, yang minimakan risiko dan mengambil kira keluhan, luahan, cadangan dan pandangan semua Pihak, termasuk pelajar sendiri, ibubapa, guru-guru dan sebagainya.

“Saya tahu, keputusan ini mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak, namun, kami warga KPM percaya bahawa Ini adalah keputusan yang terbaik.”

“Segala kebaikan, adalah kurniaan Tuhan, yang buruk, maka saya sudi menanggung, demi masa depan anak-anak kita, demi kebaikan untuk semua,” saran beliau.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu