Nation
183

Tindakan tegas jika palsukan sijil vaksinasi : KKM

Bagan Serai Р Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan sijil vaksinasi termasuk sijil di aplikas MySejahtera, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Noor Azmi menegaskan bahagian penguatkuasaan kini mengambil serius perkara itu untuk ditangani.

“Saya yakin pihak My Sejahtera akan serius tangani perkara ini dan pihak penguatkuasaan KKM akan mengambil tindakan keras terhadap pihak atau individu yang berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas program Vaksinasi Berpusat Warga dan Sokongan di Dewan Ibnu Khaldum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir, di sini, hari ini.

Dalam program itu, 1,500 warga pendidik Kerian termasuk petugas am, pekerja kantin, operator bas dan sebagainya menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama.

Menurutnya, pihaknya akan membawa perkara ini ke mesyuarat khas KKM bagi membincangkan kaedah atau cara yang boleh memantapkan dan mengesan kejituan sijil vaksinasi.

Semalam media melaporkan polis Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) rentas negeri dan daerah dengan mengemukakan dokumen atau sijil vaksinasi palsu, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu