Nation
356

Tindakan tegas terhadap pihak langgar SOP solat Aidiladha : KDN

Kuala Lumpur – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang menganjurkan majlis di kawasan terbuka tersebut seperti dipaparkan dalam video yang tular di media sosial.

Katanya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sudah memulakan siasatan terperinci terhadap video tular berkenaan.

“Ketua Polis Pulau Pinang (Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain) juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan terutamanya semasa Aidiladha tahun ini.

Jabatan Imigresen turut diarahkan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1959/63 sekiranya ia melibatkan warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam sementara siasatan dimuktamadkan.

Hari ini, tular sebuah klip video di media sosial memaparkan ratusan individu dipercayai menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Video yang dikongsi ramai pihak itu menerima pelbagai reaksi selain turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu