Social
533
0

Tindakan tegas terhadap polis yang tidak memakai pelitup muka

Petaling Jaya – Polis Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa anggota polis yang tidak mengenakan pelitup muka ketika membeli makanan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang sepertimana tular dalam media sosial semalam.

Terdahulu tular gambar beberapa anggota polis tidak memakai pelitup muka sambil membimbit makanan di kompleks berkenaan di laman sosial facebook Politik Malaysia Terkini yang telah dimuat naik pemilik bernama Zarra Zarina Jaffar.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan secara telus akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita tidak akan berkompromi atau melindungi sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota polis khususnya dalam Kontinjen Selangor.

“Kesemua yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021 serta tindakan siasatan tatatertib,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berkenaan. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu