Social
281

Titisan darah bongkar rahsia

Siberia – Tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran kepada seorang wanita di Rusia yang nekad menikam teman lelakinya sebelum mengerat badan mangsa dan menyimpan mayat itu dalam peti sejuk.

The Sun melaporkan pasangan itu sempat minum bersama sebelum bertengkar mengenai hubungan mereka sebelum suspek beremosi dan marah.

Perbuatan ibu kepada seorang anak itu, Anna Vinokurova, 39, dituduh membunuh teman lelakinya, Evgeny, 27, terbongkar selepas kakitangan syarikat pelupusan barang menyedari titisan darah mengalir dari peti sejuk wanita itu.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mendedahkan suspek ditahan dan mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.

“Pasangan itu dikatakan minum dan bertengkar sebelum suspek menikam dada mangsa dengan pisau.

“Bagi menutup perbuatannya, suspek mengerat mangsa dengan gergaji dan membungkusnya sebelum menyimpan mayat itu dalam peti sejuk yang kita percayai sudah lapan hari.

“Suspek kemudian menghubungi syarikat berkenaan bagi membawa peti sejuk itu ke daerah lain sebelum rahsianya terbongkar,” katanya. – Agensi

Suspek menjalinkan hubungan dengan mangsa yang baru dibebaskan dari penjara kerana mengedar dadah, Oktober lalu.

Sabit kesalahan suspek berdepan penjara 15 tahun.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu