Nation
381

TMJ sah positif Covid-19, kini sudah pulih

Johor Bahru – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya dijangkiti COVID-19 namun kini sudah pulih.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi Insta Story hari ini yang mana baginda berjuang dalam tempoh dua minggu untuk pulih daripada pandemik itu.

Tunku Ismail turut merakamkan penghargaan atas ucapan doa semua pihak terhadap dirinya.

“Beberapa minggu fizikal dan psikologi berehat, terima kasih atas semua doa. Dua minggu dijangkiti dan sekarang, ‘harimau’ kembali,” titah baginda dalam Insta Story yang mendapat lebih 400 komen daripada pengikutnya.

Dalam perkongsiannya, Tunku Ismail turut memaparkan gambar baginda terbaring di atas katil sedang mendapat rawatan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu