Nation
267

TMJ titah kerajaan negeri percepat laksana inisiatif melawan Covid-19

Johor Bahru – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik COVID-19 yang kini dilihat dalam keadaan kritikal.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah ini kerana sehingga kini, statistik COVID-19 di negeri ini masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi.

Baginda bertitah penggunaan kit ujian rapid dan kit ujian peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua rakyat Johor dan digunakan secara meluas khususnya bagi sektor-sektor penting selain petugas barisan hadapan.

“Khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. Rakyat juga patut disaring secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin,” titah baginda, lapor Bernama.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

Johor merekodkan 500 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 72,525 kes dengan 595 kematian.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu