Politics
575

Tuan Shan calon berwibawa : Dato N. Siva

Alor Gajah, 11 Nov ‘21 – BN telah menamakan Tuan Shanmugam sebagai calon untuk bertanding di DUN Gadek dan pilihan itu adalah tepat sama sekali.

Timbalan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Dato’ N. Sivakumar berkata Tuan Shanmugam adalah seorang sahabat perjuangan yang berwibawa budiman, tinggi ilmu, dan luas pengalaman.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Bilik Gerakan DUN Gadek Melaka untuk memberi semangat dan sokongan penuh kepada calon BN Tuan Shanmugam, semalam.

“Perkara yang paling penting, seorang pemimpin itu hendaklah berdiri teguh dengan rakyat, berintegriti, berakhlak mulia, mempunyai, dan bersemangat untuk berbakti kepada rakyat. Tuan Shan mempunyai semua kriteria ini.”

“Saya mengharapkan pengundi-pengundi di Gadek memberi peluang kepada calon BN yang sudah pasti boleh membawa pembangunan dan pembaharuan,” ujar Dato Siva.

“Di samping itu, tambah beliau, Tuan Shan sedia berkorban menghadapi segala kemungkinan apabila ditugaskan dan memberikan komitmen seratus peratus.”

“Saya berdoa semoga kemenangan menjadi milik Barisan Nasional di Melaka,” ujar beliau.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu