Nation
242

Tuduhan salah guna kuasa terhadap Najib, menyalahi undang-undang : Peguam

Putrajaya – Pertuduhan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, adalah salah dan menyalahi undang-undang, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata ini kerana bekas perdana menteri itu tidak mempunyai kepentingan peribadi mahupun kewangan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang membincangkan jaminan kerajaan untuk SRC mendapatkan pinjaman dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

“Najib, sebagai perdana menteri, adalah pengerusi Kabinet, yang merupakan kerajaan pada masa itu. Hakim bicara Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah 100 peratus terkhilaf untuk membuat kesimpulan bahawa beliau menggunakan kedudukannya untuk sebarang suapan.

“Yang Arif, sebagai perdana menteri ketika itu, Najib adalah first among equals dalam Kabinet. Pada akhirnya, Kabinet yang akan membuat keputusan secara kolektif.

“Ia bukan keputusan oleh seorang individu (Najib), perdana menteri, menteri kewangan atau wakil Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc),” tegas beliau. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu