Nation
97

Tujuh lokaliti dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Empat lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini hingga 12 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Sabah melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai di Putatan.

“Tiga lokaliti di Pahang pula melibatkan Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok di Mukim Hulu Cheka, Jerantut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai pelanjutan PKPD, Rodzi berkata Kampung Tuhau, Matunggong, di Kudat, Sabah yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 12 Sept ini.

Katanya, beberapa lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD sebelum ini, ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

“Lokaliti itu adalah Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya di Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang di Ranau; Perumahan Ladang Excellent Challenger 2 di Beluran; Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongon Fasa 2, Pekan Donggongon di Penampang serta Kampung Sembirai dan Lebak Engad di Kota Belud,” katanya.

Rodzi berkata PKPD di Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu di Daerah Cameron Highlands dan Kampung Seberang Sungai Ular di Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang, ditamatkan esok lebih awal dari yang dijadualkan pada 4 Sept, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu