Kuala Lumpur Post

Social

Tukang cuci cabul pesakit wanita lumpuh

SINGAPURA — Seorang pencuci berusia 56 tahun yang sedang mengemop lantai hospital melihat seorang pesakit wanita terbaring dengan bahagian atas baju tidak dibutang di sebuah hospital di negara ini.

Lelaki itu kemudian mengambil kesempatan mencabul pesakit berusia 42 tahun itu yang tidak mampu bergerak, bersuara atau menjerit bagi mendapatkan bantuan.

Tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap pesakit wanita itu yang juga lumpuh seluruh badan, pada 27 April tahun lalu.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas seorang jururawat yang sedang membantu seorang pesakit lain terlihat aksi jijik itu.

Lelaki tempatan itu yang dihadapkan ke mahkamah kemudian mengaku bersalah pada Rabu atas kesalahan mencabul kehormatan.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah bulan depan bagi hakim menetapkan hukuman.

Identiti pesakit dan lokasi hospital tidak didedahkan termasuk nama tertuduh.

Mahkamah dimaklumkan tertuduh sudah bekerja di hospital berkenaan sejak 2020, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,