Social
580
0

Tukang masak mati ditikam 10 kali

Georgetown –  Tukang masak lelaki meninggal dunia selepas ditikam 10 kali oleh seorang pengawal keselamatan di hadapan pondok pengawal berhampiran sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini, semalam.

Mangsa, bapa dua anak yang berusia 42 tahun itu disahkan maut selepas dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu, mangsa dikatakan bertemu dengan suspek yang juga pengawal keselamatan lelaki berusia 65 tahun di pondok pengawal pangsapuri itu, kira-kira 8 malam.

Katanya, disebabkan tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering mengganggu dan mengugutnya, suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau di tempat kejadian.

“Mangsa dilaporkan parah ditikam 10 kali di bahagian badan

“Dia kemudian dikejarkan ke HPP sebelum disahkan meninggal dunia, ” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, mangsa dan suspek adalah penduduk di pangsapuri berkenaan.

Katanya, susulan kejadian, suspek ditahan di rumahnya pada 10.30 malam dan polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan bagi menikam mangsa.

“Suspek yang belum berkahwin didapati mempunyai dua rekod jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Georgetown,” katanya. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu