Kuala Lumpur Post

Nation

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

KUCHING — Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Ia disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini.