Nation
223

Tun M menghadap Agong di Istana Negara

Kuala Lumpur – Pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna kelabu memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, pada jam 1.59 petang.

Dr Mahathir adalah pemimpin pembangkang keempat menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berbuat demikian semalam.

Seorang lagi pemimpin pembangkang yang dijadualkan menghadap Seri Paduka petang ini ialah Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu