Nation
225
0

Tun Rahah diberi penghormatan pengebumian negara

Kuala Lumpur – Kerajaan memutuskan untuk memberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara kepada Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah iaitu isteri perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang kembali ke rahmatullah semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia menzahirkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Tun Rahah.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Rahah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Allahyarham berkahwin dengan Abdul Razak pada 4 September 1952, dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim. —  Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu