Nation
358
0

Tun Rahah meninggal dunia

Kuala Lumpur – Tun Rahah Mohamed Noah, isteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya dalam facebook beliau hari ini.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu