Social
838
0

Tunjuk kemaluan, lelaki dipukul sampai mati

Sulawesi – Perbuatan tidak senonoh seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang juga keluarganya sendiri mengundang padah apabila dia dipukul sampai mati.

Dalam kejadian di Tanete Riattang Timur, wilayah Bone di Sulawesi Selatan itu, lelaki terbabit mati akibat dipukul suami kepada wanita berkenaan.

Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, Ardy Yusuf mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan ketika kejadian, mangsa masuk ke bilik isteri suspek dalam keadaan mabuk sebelum menunjukkan kemaluannya.

Katanya, isteri suspek ketakutan dan menelefon suaminya yang tiada di rumah ketika itu.

“Suspek kemudian mendapatkan mangsa yang masih berada dalam rumahnya, tetapi mangsa mahu memukulnya dengan batu.

“Dengan spontan, suspek mengambil kayu lalu memukul mangsa di bahagian kepala mengakibatkan mangsa mati,” katanya.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu