Social
275
0

Ugut pemandu lori: Seorang anggota polis ditahan

Seremban – Polis menahan seorang anggotanya yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap pemandu dan kelindan lori dalam kejadian yang berlaku di susur keluar tol Senawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata penahanan anggota terbabit pada 12 tengah hari di Senawang itu adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan terhadap laporan yang dibuat oleh kelindan berkenaan pada 9.44 pagi, hari yang sama.

“Polis telah menerima satu laporan mendakwa bahawa pengadu telah ditahan semasa melalui susur keluar tol Senawang kerana gagal menunjukkan surat majikan dan pada masa sama pengadu telah diminta untuk membuat bayaran.

“Bagi menggantikan bayaran, pengadu diminta menyerahkan dua guni bawang yang berada di dalam lori pengadu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan lebih terperinci akan dijalankan tanpa sebarang kompromi dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu