Nation
56

UiTM hantar pulang pelajar sempena Aidilfitri mulai Jumaat

Shah Alam – Penghantaran pulang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri akan bermula Jumaat ini hingga 12 Mei dengan jangkaan melibatkan lebih 16,000 pelajar dari seluruh kampus.

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, penghantaran pulang pelajar akan melibatkan keseluruhan 30 kampus dengan disertai lebih 700 kakitangan.

“Pihak UiTM akan mengagihkan bilangan kenderaan yang diperlukan oleh semua kampus mengikut zon setelah kesemua pelajarnya melengkapkan borang selidik yang telah diedarkan,” menurut kenyataan itu.

Proses penghantaran pulang pelajar turut melibatkan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta pelbagai jabatan bagi memastikan kelancaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu