Social
223

Ular berbisa ditemui dalam alat sedut asma

Brisbane – Seorang remaja perempuan berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular spesies berbisa red-bellied black dalam alat sedut untuk asma di rumahnya dekat Bli Bli, Queensland, Australia.

Metro UK melaporkan gadis berkenaan menyedari reptilia itu ketika membawa masuk pakaian yang dicucinya ke dalam rumah.

Dia kemudian tidak tahu ke mana ular itu sehingga menemui reptilia terbabit di dalam alat penyedut asma.

Namun, tiada kejadian buruk berlaku kerana gadis itu sempat menghubungi pasukan penangkap ular untuk mendapatkan bantuan.

Kisah itu dikongsikan kumpulan penangkap ular, Sunshine Coast Snake Catchers menerusi hantaran di Facebook (FB).

“Anda tentu tidak percaya. Ini sesuatu yang gila dan kami bertuah kerana dapat menemui ular itu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang ahli pasukan penangkap ular, Stuart McKenzie memberitahu 9News yang mereka menemui ular di lokasi luar biasa.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana rasanya mengambilnya dan menjumpainya di sana.

“Walaupun belum dewasa, ular itu masih boleh menggigit, jika terasa diancam.

“Haiwan itu hanya berkeliaran mencari makanan sepanjang tahun ini. Ketika cuaca kembali sejuk, kami menemuinya di pelbagai tempat,” katanya.

Ular berbisa itu berasal dari timur Australia dan ia biasanya ditemui di dalam hutan dan paya. – Metro UK

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu