Nation
186

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai

Kuala Lumpur – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai (Selasa), menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu