Nation
245
0

UMNO BERTANDING SOLO?

Seorang pemimpin politik yang meraban mendakwa, jika UMNO menolak PN dan menolak kerjasama dengan PPBM, maka bolehkah UMNO menang PRU jika bertanding secara solo.

Ahli Majlis Tertinggi, UMNO, Dr. Puad Zarkashi mengatakan bahawa tidak timbul UMNO mahu bertanding solo.

“Itu cuma cakap cakap orang yang tidak mahu UMNO menolak PPBM.”

Beliau turut berkata menolak PPBM dan PN bukan bermakna UMNO mahu bertanding solo. Tetapi UMNO perlu kawan politik yang boleh berunding, yang jujur dan yang hormat rakan kongsi.

“Kalau PPBM melayan UMNO macam di PRN Sabah, tidak menghormati hiraki UMNO dalam perlantikan jawatan Kerajaan, maka eloklah UMNO mencari rakan baru,” ujar beliau.

“Ada yang kata, tinggalkan Kerajaan PN bermakna UMNO mahu jual diri kepada parti lain.”

“Yang jual UMNO ialah mereka yang melompat ke parti lain, yang jadi power broker dan mengamalkan budaya payroll dalam parti. Hatta kalau UMNO terus kekal lama dalam PN, UMNO juga akan dijual,” saran beliau.

“Ada yang mendabik dada kononnya dia bukan “pondan politik”. Sebenarnya kita adalah pondan kalau terus dibuli. Justeru lebih baik keluar jika tidak mahu terus dibuli.”

Kalau terus dalam kerajaan PN yang membuli UMNO, itu namanya “pondan”.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu