Kuala Lumpur- “UMNO/BN tidak mengamalkan politik kebencian dan dendam dan tidak menganiaya, menzalimi lawan hanya kerana berbeza fahaman politik – hanya kerana mahu kekal berkuasa,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Justeru tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya UMNO/BN nanti. Tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri.”
Menurut beliau, UMNO/BN bersaing dengan ideologi, dengan hujah dan fakta, dengan perkhidmatan, demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat.
“Jika ditakdirkan ada sebarang perkara berkaitan perundangan pun semata-mata berlandaskan keluhuran Perlembagaan.”
“What You Give You Get Back”, UMNO/BN dan ahli-ahlinya sangat profesional, ‘gentleman’,” ujar Presiden UMNO.