Politics
451

UMNO bukan dahagakan kuasa : Ahmad Zahid

Kuala Lumpur – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana parti itu ‘dahagakan’ kuasa.

Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mendakwa keputusan berkenaan dibuat kerana UMNO perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara walaupun terpaksa menongkah arus.

“Jika dahagakan kuasa bukan begitu sifatnya. Lebih baik bergayut kepada kuasa sedia ada. UMNO tidak boleh jadi `pak sanggup’ menadah kegagalan kerajaan.

“UMNO juga mengambil keputusan itu kerana mahu negara dipulihkan segera,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid  berkata, walaupun UMNO berada dalam kerajaan, ada pihak cuba dengan secara halus menggunakan ‘jenama’ UMNO untuk dipersalahkan.

“UMNO seolah-olah perlu dipertanggungjawabkan di sebalik kegagalan kerajaan PN,” katanya

Beliau berkata, UMNO turut dituduh sebagai kuat merungut, bercakap seperti pembangkang dan perjuangkan agenda peribadi Presiden UMNO.

“UMNO dituduh main politik, sedangkan mereka kekurangan ‘political will’ atau keazaman politik menyelamatkan rakyat. UMNO mendesak walaupun terpaksa menelan pelbagai tohmahan, kritikan dan diperlekeh,” katanya.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu