Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Politics

UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi bersetuju memecat aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

“(Tindakan dibuat) mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Zaharin yang juga seorang blogger sebelum ini lantang mengkritik beberapa pimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui media sosialnya.

Mei lalu, Zaharin mengkritik Zahid susulan kononya wang yang diterima dari Singapura bagi tujuan kepentingan UMNO.

Katanya UMNO tidak pernah menerima wang daripada individu pemegang jawatan dalam parti itu sebaliknya bantuan kewangan disalurkan kepada pengurusan UMNO bahagian melalui ibu pejabat parti itu, lapor BH Online.

Tags: , ,