Nation
715

UMNO tarik balik sokongan kepada Muhyiddin serta merta

Kuala Lumpur – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO awal pagi ini membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta-merta.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini yang berlangsung secara maya selama lebih empat jam, bermula 8.30 malam tadi.

Katanya keputusan berkenaan dicapai susulan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memenuhi tujuh pra syarat yang ditetapkan UMNO sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

“Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada tujuh kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan.

“Justeru, UMNO mendesak agar Tan Sri Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya dari Pusat Dagangan Kuala Lumpur.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu