Nation
5K

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenarkan mulai hari ini

Putrajaya – Upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dibenar dilaksanakan mulai hari ini sama ada di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam.

Perkara itu diputuskan sebelum ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

JPN berkata, kebenaran itu hanya untuk kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dan tidak terpakai untuk kawasan yang dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD).

Katanya, selaras dengan keputusan itu, JPN mengemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam untuk panduan serta pematuhan semua pihak terbabit.

“Antara perkara yang ditambah baik adalah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JPN berkata, bagi upacara yang dijalankan di pejabat JPN, maksimum 10 individu termasuk pendaftar dibenarkan bagi upacara pendaftaran perkahwinan sivil tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di premis JPN.

Katanya, jumlah kehadiran dalam upacara di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam dilaksanakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP), berbeza mengikut kawasan pelaksanaan PKP. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu