Nation
474

Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan : Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau.

Beliau yang juga bekas menteri pertahanan pada masa sama berharap perjuangan melawan pandemik COVID-19 terus menjadi keutamaan semua ketika ini.

“Sama-sama kita doakan Malaysia terus makmur, aman dan sentosa,” katanya menerusi hantaran terbaharu hari ini.

Hantaran itu dikeluarkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, Muhyiddin turut mengumumkan peletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Ismail Sabri yang merupakan menteri kanan sebelum ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada 10 Mac 2020, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu