Nation
384

Ustaz Ebit Lew buat laporan polis

Kuala Lumpur – Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

Beliau berkata Ebit selesai membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada kira-kira 6.42 petang semalam.

“Dalam laporan berkenaan menyatakan dirinya (Ebit Lew) telah menerima tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu,” katanya.

Sementara itu, Ebit dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkata beliau menamakan beberapa individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penyanyi rap Caprice.

“Saya pada mulanya tidak ingin memperbesarkan isu ini namun ia menjadi semakin tular (dalam media sosial) maka saya buat laporan polis dan serahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Difahamkan, Ebit akan membuat satu sidang media esok untuk memperjelaskan isu mengaitkan beliau semasa menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan meminta orang awam agar tidak mensensasikan isu berkenaan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mereka yang menyebar, membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu