Nation
174

Vaksin Sinovac sama berkesan

Kuala Lumpur – Vaksin Covid-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia semalam berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus.

Beliau berkata ada kalangan dalam masyarakat yang salah faham apabila menganggap bahawa 50.4 peratus sukarelawan di Brazil yang mengambil vaksin itu sihat manakala lagi 49.6 peratus yang mengambil vaksin mendapat kesan sampingan yang memudaratkan.

“Tetapi (sebenarnya) tahap keberkesanan yang dimaksudkan pada penerima yang 50.4 peratus itu (ialah mereka) telah berjaya membina imuniti terhadap Covid-19 dan 100 peratus daripada mereka tidak langsung mendapat jangkitan atau memerlukan rawatan rapi dan tiada yang meninggal dunia,” katanya dalam progam khas terbitan Bernama TV yang disiarkan di Facebook bertajuk “Malaysia Terima Vaksin Covid-19” semalam.

Menurutnya peratusan itu adalah tahap

keberkesanan untuk membina imuniti dan bukannya baki daripada peratusan itu yang mendapat kesan sampingan daripada vaksin.

Malar Santhi seterusnya menegaskan tidak ada langsung data menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) berisiko tinggi mendapat kesan sampingan daripada mana-mana jenis vaksin Covid-19.

Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata ketibaan vaksin Covid-19 juga boleh menjana ekonomi negara apabila lebih ramai sudah boleh bekerja dengan selamat. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu